Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Lisa menyatakan, “saya sedar ia (kehamilan) klise dan sudah berulang kali ditanya kepada saya tetapi saya faham ramai yang ingin tahu. Cuma, sehingga kini masih belum ada rezeki untuk kami.
“Saya belum mengandung lagi. Kami suami isteri terus berharap dan doakanlah yang terbaik,” katanya.
Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari tahun lalu dan majlis resepsi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam perkembangan lain, Lisa dan Shaheizy Sam telah dilantik sebagai duta aplikasi WeChat kerana pengaruh mereka berdua yang agak besar dalam media sosial tempatan.

Post a Comment