Yana Dapat 4A, Lanjut Pelajaran Di Sunway

Thursday 4 April 20130 comments

Sebelum ini peminat tempatan sudah pun mengetahui mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi oleh penyanyi terkenal Najwa Latif yang berjaya mendapat 4A.
Selain Najwa, pelakon cilik yang mula dikenali menerusi filem Muhksin iaitu Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid juga turut memperolehi keputusan yang sama apabila berjaya memperoleh sebanyak 4A dalam peperiksaan SPM tahun lalu.
Yana yang juga merupakan anak bongsu kepada bekas wartawan dan tenaga pengajar teater, Fatimah Abu Bakar juga dikhabarkan sudah menyambung pengajiannya di peringkat diploma dengan mengambil jurusan Diploma Seni Persembahan di sebuah universiti swasta di Sunway, Selangor.
Apa-apa pun selamat maju jaya buat Aryana dan semoga dia kembali aktif dalam bidang seni kerana tentu peminat sudah tidak sabar melihat aksi terbarunya dalam mana-mana filem atau drama selepas ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved