Murid Lemas Tergelincir Ke Dalam Sungai

Friday, 5 April 20130 comments

KEMAMAN – Seorang murid Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor di sini ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 14, di sini hari ini.
Siti Nor Asiah Nik Jaafar, 12, dilaporkan tergelincir ke dalam sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya kira-kira 2.30 petang.
Ketika itu dia dikatakan sedang bermain-main di tepi sungai sebelum dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata neneknya yang bersamanya yang tersedar dengan kejadian itu telah menjerit meminta tolong.
Beliau berkata bapa mangsa yang berada tidak jauh dari itu meluru ke tempat tersebut dan melihat anaknya sedang terkapai-kapai.
“Bapanya terus terjun ke dalam sungai tetapi anaknya telah hilang dibawa arus,”  katanya ketika dihubungi.
Che Suza berkata mayat mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 500 meter dari tempat kejadian pada pukul pukul 3.50 petang oleh pihak bomba dan penyelamat.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved