Parlimen akan dibubarkan hari ini ?

Wednesday 3 April 20130 comments

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Semua jentera pilihan raya PAS di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok. "Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok. "Gerakkan strategi tahap lepas bubar," arah Dr Hatta kepada semua jenteranya. Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet. Esok 3 April genap empat tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009. Berita Harian hari ini melaporkan di muka depannya Parlimen akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet. Semua anggota Kabinet dikatakan mendapat arahan untuk memakai sut hitam lengkap untuk sessi bergambar terakhir Kabinet sebelum dibubarkan. Namun begitu, terdapat juga maklumat Parlimen akan dibubarkan selepas Asean Summit di Brunei 24 dan 25 April ini. Ini kerana, Najib mahu menyertai sidang itu dengan mandat penuh bukan sebagai pemimpin kerajaan sementara. Jika itu berlaku, bermakna pilihan raya hanya akan diadakan di pertengahan atau hujung Mei.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved