Pengkritik Filem Roger Ebert Meninggal

Friday 5 April 20130 comments

PENGKRITIK filem Amerika Syarikat, Roger Ebert meninggal dunia, semalam pada usia 70 tahun selepas disahkan menghidap kanser tiroid sejak 2002.
Mendiang sebelum ini telah kehilangan upaya untuk bercakap dan rahang terpaksa dibuang dalam beberapa pembedahan yang dijalaninya.
Menurut isterinya, Chaz, pemergian Ebert merupakan satu kehilangan buatnya.
“Kami sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah apabila mendiang melihat kami sambil tersenyum dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi blog milik Ebert, beliau menulis bahawa cinta isterinya memaksanya untuk terus bertahan.
“Cintanya bagaikan angin yang memaksa saya terus hidup malah turut memaksa saya kembali dari kubur,” tulisnya pada Julai tahun lalu.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved