Manifesto BN PRU-13 : Berpijak Di Bumi Nyata – Sekilas Lalu

Friday 5 April 20130 comments

Esok, dijangkakan tepat 9 malam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifesto BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia, Rakyat Didahulukan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Manifesto itu amat penting kerana ia bukan sekadar janji pilihan raya untuk menarik perhatian rakyat seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang, tetapi mencerminkan hala tuju dan gaya pentadbiran Najib selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ia juga bukan sebuah manifesto populis yang akan menjahanamkan perbendaharaan negara semata-mata untuk satu pihak itu berjaya memegang kuasa.
Oleh sebab itu, agak sukar untuk membandingkan secara terus antara manifesto Pakatan Rakyat yang dipenuhi gula-gula dan janji manis dengan manifesto BN nanti.
Manifesto BN perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia berpijak di bumi yang nyata dengan mengambil kira tanggungjawab dan kemampuan kewangan sebenar negara.
Manifesto itu adalah yang pertama sepenuhnya di bawah pentadbiran Najib kerana sebelum ini segala yang dilaksanakan adalah bersandarkan manifesto era pentadbiran perdana menteri terdahulu.
Justeru, esok kita akan melihat dengan lebih jelas lagi apa yang ada di jiwa dan pemikiran Najib untuk terus membantu rakyat negara ini.
Apa yang Mynewshub faham ialah, kandungan manifesto BN kali ini merupakan kesinambungan kepada gagasan pentadbiran beliau iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Seperti yang kita faham, Najib adalah Perdana Menteri pertama menggunakan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pentadbiran negara.
Pastinya, manifesto berkenaan juga akan dilaksanakan sejajar dengan keperluan mencapai sasaran KPI tertentu yang sering disebutkan beliau.
Dan yang pasti, janji BN adalah janji yang ditepati….bukan janji yang dicapati…
Manisfesto adalah janji bagi BN …bukan umpan.
**Saksikan pembentangan manifesto BN secara langsung di TV1, TV3 dan Astro Awani bermula pada pukul 8.30 malam esok.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved