‘Permainan’ Licik Alvin Dan Vivian…

Friday, 5 April 20130 comments

BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.
Jika ditafsir secara ‘direct’, ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.
Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian!
Tetapi sebenarnya bukan payah untuk ‘menafsir’ tindakan mereka berdua.
Apa yang kita lihat itu hanya ‘yang tersurat’ tetapi sebaliknya ada maksud ‘yang tersirat’.
Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.
Yang pasti mereka berdua akhirnya telah meminta maaf seperti yang mereka tulis dalam FB mereka.
alvian

Sejauh mana ‘keikhlasan’ permohonan maaf itu tidaklah kita tahu.
Yang pasti mereka telah berjaya membalas dendam dan amarah mereka dengan cara yang sangat jijik ini.
Malangnya mereka boleh tipu semua orang, tetapi mereka lupa bukan semua orang boleh tertipu dengan mereka, CHECKMATE! – Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved