Polis Perak Gerakkan Anggota Kawal PRU-13

Thursday 4 April 20130 comments

IPOH – Polis Perak akan menggerakkan 8,600 pegawai dan anggota untuk bertugas di negeri itu bagi mengawal keselamatan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti kawasan panas bagi memastikan kawalan keselamatan yang disediakan mencukupi.
“Keupayaan polis menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat bagaimanapun tetap bergantung kepada kerjasama orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini Khamis.
Mengulas perkara berbeza, Mohd Shukri berkata indeks jenayah Perak mencatat penurunan sebanyak 8.47 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
“Ini merupakan penurunan yang sangat baik kerana dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ia menyasarkan sebanyak lima peratus (penurunan),” katanya.
Katanya sebanyak 1,935 kes jenayah direkodkan bagi tempoh itu membabitkan 399 kes jenayah kekerasan dan baki 1,536 kes merupakan jenayah harta benda seperti curi motosikal dan sebagainya.
“Tahun lalu bagi tempoh sama, sebanyak 2,114 kes direkodkan,” katanya
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved