PRU 13 - Banyak Rahsia Anwar Dalam Poket Pimpinan DAP....!

Tuesday 9 April 20130 comments

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Chua akan bertanding di Segamat, seterusnya mengakhiri spekulasi mengenai pencalonannya.

Dalam reaksi segera, Lim berkata rundingan awal adalah untuk DAP berada di kerusi Segamat yang sebelum ini ditandingi pada tahun 2008.

Lim berkata, keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah "keputusan berasingan" dan bukan hasil daripada mana-mana pertukaran kerusi Parlimen antara DAP dan PKR.
 
"Persetujuan DAP untuk PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat adalah bergantung kepada penyelesaian pertikaian antara DAP-PKR bagi peruntukan kerusi di Johor," kata Lim dalam kenyataan ringkas tiga perenggan.

Beliau juga membuat kesimpulan bahawa pengumuman Anwar menunjukkan persetujuan kepimpinan PKR terhadap terma DAP.

DAP mahu bertanding tujuh kerusi persekutuan dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri - yang mana menurut Lim adalah kurang daripada satu pertiga daripada 26 kerusi persekutuan dan 56 kerusi negeri di Johor.

"Dengan pengumuman Anwar, ia boleh diambil bahawa syarat-syarat persetujuan DAP untuk membenarkan PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat telah dipersetujui oleh kepimpinan PKR, iaitu DAP akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (termasuk Johor Jaya)," katanya.

Lihat betapa angkuhnya kenyataan Kit Siang. Seolah-olah tiada langsung rasa simpati kepada PKR. Kenapa dia berani bertindak sedemikian ? 

Dia berani kerana dia tahu apa sahaja pun yang dia lakukan Anwar tidak akan melawan, kerana semua rahsia Anwar kini ditangannya....!
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved