PRU 13 - Terbaeeklah Najib...!

Tuesday 9 April 20130 comments

Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) “Menepati Janji, Membawa Harapan” pada Sabtu lalu, mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia. Ini kerana manifesto tersebut dilihat lebih konkrit dan menggambarkan kesungguhan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertingkat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Malah rakyat juga dilihat semakin yakin dengan kemampuan  dan kebolehan BN untuk menunaikan semua ‘akujanji’ yang dibentangkan sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Menurut Perdana Menteri, menerusi blog 1Malaysia mengatakan mandat yang diberikan rakyat anda adalah merupakan sebuah janji yang membawa harapan, mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan.

“Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul” katanya.

Tambah menarik perhatian, manifesto yang mengandungi 17 perkara utama itu  merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat serta turut memberikan perincian terhadap apa yang akan dilakukan.

Malah manifesto tersebut yang dizahirkan dalam bentuk dokumen 'aku janji' itu merupakan satru aspirasi khusus untuk golongan muda bersama-sama menjayakan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Ia bukan sahaja menjadi pendorong kepada golongan muda khususnya belia tetapi turut menyediakan nilai tambah kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang usaha niaga komersil.

Namun, ternyata ia bukanlah merupakan satu berita yang mengembirakan pakatan pembangkang, yang melihat ‘akujanji’ tersebut sebagai satu lagi halangan baru yang akan menyukarkan lagi gerakan untuk merampas Putrajaya. Ini kerana ketika mereka mengunapakai pendekatan ‘Manifesto Bukan Janji’, BN dilihat bertindak bijak dengan memberikan kesungguhan untuk melaksanakan semua perkara yang dibentangkan itu.

Selain itu Datuk Seri Najib turut menegaskan manifesto tersebut telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha yang dilakukan bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini.

Menerusi laman blognya, beliau berkata ia bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

"Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya.

Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat tergesa-gesa ketika membentangkan manifesto mereka tidak lama dahulu.
Ia ekoran kegagalan mereka memasukkan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi agenda perjuangan mereka seperti isu royalti minyak, tuntutan Hindraf dan sebagainya.

Sehingga menyebabkan beberapa pimpinan NGO tersebut melahirkan rasa kesal dan marah atas sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

Ketidakpekaan mereka meneliti satu butir perancangan juga dilihat sebagai satu kelemahan pembangkang yang hanya ingin mengemis simpati rakyat agar memilih mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Kesimpulan, kegusaran pimpinan pakatan pembangkang dengan menyerang manifesto BN adalah merupakan satu bukti jelas bahawa majoriti rakyat menyambut baik semua perkara yang dibentangkan.
Ditambah dengan rekod buruk mereka sebelum ini yang gagal melaksanakan semua perkara yang dijanjikan di dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ kecemerlangan Datuk Seri Najib ini dilihat bakal menjadi mala-petaka buat pakatan pembangkang.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved