Puteri PJ Selatan Akan Terus Bekerja Hingga Saat Akhir

Friday 5 April 20130 comments

PETALING JAYA, 4 April – Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berkata, Puteri akan terus bekerja, bekerja dan bekerja sehingga ke saat akhir bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ujarnya, Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan tidak mahu terlalu yakin untuk merampas ke semua kerusi di Parlimen ini kerasa sikap terlalu yakin akan membuatkan jentera alpa untuk terus berusaha keras.
“Apa yang pasti Puteri akan terus bekerja keras. Parlimen telah bubar dan ini bermakna kita tiada lagi masa untuk bekerja sambil lewa. Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Puteri Bahagian ini telah mengadakan mesyuarat dan apa yang telah dirancang akan dilaksanakan sebaik mungkin.
“Matlamat kita adalah mendekati pengundi secara terus dan memastikan setiap pengundi yang telah dikenalpasti untuk keluar mengundi.
“Kita akan menggerakkan gelombang biru dan berusaha agar BN kembali bertapak di Parlimen ini. Kita mahu menyumbang dalam merealisasikan impian BN untuk kembali mendapat majoriti dua per tiga,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tegas Jamilah yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, jentera Puteri di Parlimen Petaling Jaya Selatan telah berikrar akan melakukan yang terbaik untuk parti. Apa yang penting kini katanya adalah memastikan kejayaan parti.
“Semboyan telah dibunyikan. Saf harus dipererat dan semua parti komponen harus bersatu bergerak demi memastikan BN terus menjadi tonggak utama. Lupakan seketika masalah dalaman yang belum dapat diselesaikan. Kini adalah masa untuk kita buktikan bahawa kita tetap berada di belakang Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya lagi.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved