Ezuwan Ismail Sah Jadi Suami Zahida

Wednesday 14 August 20130 comments

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, 31, sah menjadi suami kepada Nor Zahida Omar, 28, pada hari raya kedua (9 Ogos 2013) jam 10.03 malam selepas melaksanakan tiga kali lafaz nikah.
Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di kediaman rumah pengantin perempuan di Machang, Kelantan. Pengantin perempuan menerima wang hantaran berserta mas kahwin sebanyak RM10,000 dengan dulang hantaran sembilan berbalas Sembilan.
Majlis bersanding telah diadakan pada hari raya ketiga di rumah pengantin perempuan disusuli majlis bertandang di rumah pengantin lelaki pada hari raya keempat di Melur, Kelantan.
“Kali pertama saya berjumpa dengan isteri saya ketika saya menunaikan umrah pada Julai 2012. Selepas dari itu, saya jatuh cinta dengan dia dan terus berkawan. Kami telah membuat keputusan untuk bernikah pada raya tahun ini ketika majlis merisik tahun lalu lagi. Kami tidak bertunang. Isteri saya buat family business.
“Kami bakal berbulan madu di Mekah. Namun, tidak tahu lagi bila. Mungkin selepas raya haji nanti,” katanya.
Pada majlis bertandang di rumah Ezuwan Ismail, ramai selebriti popular tempatan telah hadir iaitu Irma Hasmie dan suami, Foziah Ghous dan tunang, Khairul Fahmi dan Leuniey serta Misha Omar.
Ezuwan telah mengenakan baju rekaannya sendiri. Namun, Ezuwan telah mengenakan baju dari Atiqah Songket ketika majlis bersanding di rumah pengantin perempuan.
“Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan. Namun, tarikh masih lagi belum ada. Tapi saya akan buat sekali dengan open house. Selepas ini, isteri saya akan menetap di Kuala Lumpur bersama dengan saya. Saya juga masih lagi terus dengan karier saya. Isteri saya akan menjadi pembantu saya.
“Tambahan pula, saya akan membuka butik saya sendiri tidak lama lagi di Dagang Evenue,” jelasnya
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved