Malay News: Taukeh Nasi Kukus Ditembak Dari Jauh

Wednesday, 14 August 20130 comments

KUALA TERENGGANU – Polis percaya pemilik restoran nasi kukus di Dungun, yang ditemui mati di hadapan kedai makan miliknya semalam, ditembak dari jarak jauh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran itu.
“Daripada keterangan yang diambil, tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan dilepaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mayat pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada pukul 4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.
Manoharan berkata polis Terengganu juga menubuhkan unit khas yang diketuai beliau untuk menyiasat kes itu.
“Kami telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, polis juga percaya ada individu yang boleh memberikan maklumat kepada polis mengenai kejadian itu memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Manoharan berkata, dua butir peluru yang dikeluarkan daripada badan mangsa dalam proses bedah siasat semalam telah dihantar ke Unit Forensik Maktab Cheras untuk mengesahkan jenis senjata yang diguna
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved