Faralyna Idris Sudah Temui Pengganti Hairul Azreen

Sunday 6 October 20130 comments

SUDAH lama kita tidak mendengar cerita peribadi mengenai pelakon cantik, Faralyna Idris sejak putus kasih dengan pelakon Hairul Azreen.
Namun, melalui khabar yang disampaikan melalui ruangan di myMetro Ahad, dia kini sedang enak dibuai cinta bersama seorang jejaka yang merupakan kenalan anak sulung pelakon, Didie Alias.
Persahabatan hampir enam bulan nyata menerbitkan perasaan kasih antara Faralyna dan ahli perniagaan muda itu.
Jelasnya, hubungan baru itu mengajarnya untuk hidup lebih berdikari memandangkan kesibukan kedua-duanya membataskan mereka untuk selalu bersama.
Apapun, itu bukan masalah bagi Faralyna kerana dia menganggap percintaan kali ini lebih dewasa dan matang berbanding sebelum ini.
Baguslah kalau begitu. Kami harap hubungan yang baru dibina ini terus mekar hingga ke jinjang pelamin hendaknya.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved