Marion Bakal Timang Anak Perempuan?

Sunday, 6 October 20130 comments

SEBELUM ini kebanyakan pengikut di laman Instagram selebriti cantik Marion Caunter mengandaikan dia bakal menimang cahaya mata lelaki berikutan keadaan perutnya yang condong ke bawah.
Namun, hari ini telah berlangsungnya majlis ‘baby shower’ untuk menyambut ketibaan anak kedua pasangan Marion dan SM Nasaruddin dalam beberapa bulan sahaja lagi.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah berkemungkinan besar pasangan itu akan menimang anak perempuan berikutan terdapatnya kad props di photo both yang menyatakan ‘its a girl’.
Tak kisahlah lelaki ke perempuan kan, yang penting kedua-dua ibu dan anak selamat dan berada dalam keadaan sihat sepanjang proses bersalin itu nanti.
Majlis yang bertemakan ‘leopard’ itu turut dimeriahkan dengan kenalan pasangan sama cantik sama padan ini dan juga tidak ketinggalan anak sulung mereka yang semakin membesar, Leia Rose.
GIRL
GIRL1
GIRL2
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved