Kempen Cium Untuk Pamer Kasih Sayang dDikecam

Tuesday 15 October 20130 comments

Magribi – Tindakan berbelas-belas pasangan yang melancarkan kempen `cium’ sebagai simbolik menyokong dua remaja yang ditangkap selepas memuat naik gambar mereka bercium dalam Facebook, telah mendapat kecaman ramai. Meskipun pasangan tersebut mendakwa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di khalayak ramai, namun perbuatan berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu. Sebelum ini lebih 2,000 orang menyatakan hasrat untuk menyertai kempen cium tersebut, namun akhirnya hanya 12 pasangan yang hadir. Mereka berkumpul di depan bangunan Parlimen dan perbuatan tersebut ditunjukkan kepada wartawan serta orang ramai di situ. Kumpulan itu dengan bangganya menyatakan bahawa perbuatan cium tersebut sebagai melambangkan kebebasan untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Namun sekumpulan pemuda yang marah dengan perbuatan biadap pasangan tersebut, telah membalingkan kerusi ke arah mereka. “Ini adalah negara Islam dan bercium di khalayak ramai adalah dilarang. Meskipun ia hanya satu ciuman, namun perbuatan ini boleh mendorong kepada perkara lain. “Terdapat kumpulan yang tidak beragama yang melakukan perbuatan ini bagi menentang Islam,’’ katanya. Kempen itu dianjurkan selepas sepasang remaja berusia 14 dan 15 tahun memuatnaik gambar bercium di dalam Facebook. Gambar itu dirakamkan oleh rakan mereka, seorang remaja berusia 15 tahun. Mereka ditangkap minggu lalu dan kini ditahan di pusat tahanan juvana.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved