Pengasas Instagram Fesyen Kanak-Kanak

Tuesday 15 October 20130 comments

SEORANG lelaki dari Brazil Wilson Dorigon, telah memperkenalkan akaun Instagram, Fashion Kids yang mengentengahkan fesyen kanak-kanak yang bijak bergaya dari seluruh dunia.
Akaun tersebut mula ditubuhkan pada Februari 2012, bertujuan untuk memberi ilham buat ibu bapa di luar sana bagaimana untuk menggayakan pakaian anak mereka seperti kanak-kanak yang diterterakan menerusi laman tersebut.
Sehingga kini, jumlah pengikut Fashion Kids telah meningkat sehingga 1.3 juta penggemarnya yang tersendiri.
“Sehingga kini 95 peratus imej kanak-kanak yang ada menerusi laman tersebut dihantar oleh ibu bapa yang bangga dengan fesyen yang digayakan anak mereka, di mana ianya dilihat oleh hampir 1.3 juta pengikut kami,” kata Wilson menerusi laman webnya.
Selain itu, matlamat utama mereka adalah untuk mewujudkan platform bagi membincangkan fesyen kanak-kanak dalam cara yang ‘sihat’ dan baik.
“Kami di sini berkongsi tentang fesyen kanak-kanak, jadi pastikan segala komen yang diberikan adalah yang positif, dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti pihak lain seperti menggunakan kata-kata kesat atau komen yang berunsur perkauman,” katanya lagi.
Malah, kebanyakan kanak-kanak stylo yang berkongsi gambar mereka di laman itu kini bergelar Instagram superstar.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak lelaki yang berasal dari Mexico, Alonso Mateo, 5, kini mempunyai hampir 60,000 pengikut di laman Instagram yang tertarik dengan imej serta gayanya yang tersendiri.
Mateo sentiasa tampil kemas dan bergaya malah imejnya boleh diibaratkan seperti ‘David Beckham Junior’!
Tidak mustahil ‘fashion sense’ yang dimiliki oleh Mateo melayakkan dirinya digelar sebagai ikon fesyen bagi kanak-kanak seantero dunia.
MATEO1
MATEO2
KIDS1
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved